Sunday, April 13, 2014
PROGRAM TAUTAN SAYANG DAN AKU JANJI
Masih ingin terus berbicara.
Alhamdulillah akhirnya Program Tautan Sayang dan Aku Janji untuk murid-murid Tahun 6 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kehadiran ibu bapa memberikan pandangan yang positif dan menerima kelemahan dan kekurangan anak-anak dengan positif.Pastinya hasrat dan impian ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Biasalah posing sebelum memulakan acara...bersama penyelaras tahun 6.
Menunggu giliran untuk membentangkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPPM 1 dan program yang akan dan sedang dijalankan.
Restu ibu bapa, kemaafan dipinta agar perjalanan hidup sewaktu menerima ilmu diberkati.Kasih sayang ayah,nenek dan ibu memang tidak dinafikan.Mereka inginkan kejayaan,mereka merestui kehadiran anak-anak ke sekolah namun kini semuanya terletak pada anak-anak untuk meneruskan hasrat dan impian ibu bapa.Berleternya ibu untuk menyedarkan diri anak-anak akan kepentingan pelajaran.Belajarlah anak-anak selagi ibu bapa masih mampu memberikan didikan dunia dan akhirat.Rebutlah peluang yang ada ini dan pastinya kepadaNya jangan dilupakan.Renunglah wajah ibu dan bapa setiap hari...
Kasih ibu tetap ada....masih terus memberikan semangat kepada anak-anak.Menyedarkan anak agar tidak leka...
Anak-anak didik memohon maaf kepada guru...
Akhir sekali,ibu bapa bertemu dengan guru mata pelajaran masing-masing.Berbincang mengenai kelemahan dan kekuatan serta tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak demi kecemerlangan mereka.
PENA KASIH: Ada program lagi selepas ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment