Monday, April 21, 2014
BICARA ILMIAH...
Bicara Pena kasih hari ini...
Bicara Ilmiah bersama pegawai PPD berlangsung pada hari ini di STAR.Last minute diminta untuk ke sana bagi mendengar beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama dalam usaha untuk membantu dan membimbing anak didik ke arah kecemerlangan.Bukan susah itulah kata-kata dari sifu di PPD yang sentiasa menjadikan motivasi kepada kami khususnya diriku.
Banyak yang diperolehi pada hari ini...tapi untuk mengekalkan prestasi sekolah ke arah kecemerlangan juga bukan semudah dilafazkan.Banyak aspek yang perlu dikira...Namun, pastinya semangat dan kegigihan guru-guru SKCC memang tidak dinafikan.Kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya terletak di satu bahu sahaja tetapi memerlukan pengorbanan daripada semua pihak termasuklah anak didik dan ibu bapa pelajar itu sendiri.Bukan guru diletakkan 100% tapi komitmen daripada semua pihak juga merupakan salah satu aspek kecemerlangan dan kejayaan.
Hari ini aku bersama-sama guru tahun 6 berpeluang mendengar beberapa info daripada tuan pegawai PPD, Tn Hj Sazali dan juga En Azmi sukiman....semangat untuk terus bersama-sama dengan guru bagi mengekalkan kecemerlangan sekolah.
Syabas dan tahniah juga buat guru besar yang telah dianugerahkan NEW DEAL buat kali kedua selepas tahun 2011 dan juga pegawai PPD khususnya yang memberikan banyak kata-kata semangat kepada guru-guru daerah ini untuk memastikan sekolah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.Untuk mengekalkannya bukan senang...namun, tahniah juga kepada semua guru SKCC yang banyak membantu pihak pentadbir dalam memastikan kecemerlangan sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi sahsiah dan juga pencapaian murid dalam bidang kokurikulum dan ko akademik.Guru-guru tahap 1 juga memainkan peranan penting untuk memastikan tiada buta huruf ketika mereka berada di tahun akhir tahun 3.Kerja keras guru-guru tahap 1 juga tidak dinafikan ...mereka akan memastikan tiada buta huruf kepada pelajar-pelajar tahap 1...Tahniah untuk semua.
Tuan PPD juga memberikan kata-kata semangat dan mengingatkan kita terutama akautabiliti kita sebagai seorang guru.
Semoga guru SKCC akan terus bersemangat dan pastinya anak-anak didik menjadi keutamaan....
PENA KASIH: Terus mencari kekurangan diri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment