Wednesday, April 30, 2014
SENTUHAN SAYANG UNTUKMU ANAK DIDIK
Sentuhan Sayang........lembut bicara Pena Kasih.
Program Kecemerlangan yang bertujuan untuk membantu anak-anak didik dalam pembelajaran mereka.Program khas untuk mereka yang sering gagal menyiapkan kerja sekolah,mahupun mempunyai masalah disiplin yang ringan dan juga masalah pembelajaran yang lain.
Program ini lebih kepada pertemuan antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Program yang berjalan selama 1 jam ini bertujuan untuk memaklumkan prestasi pembelajaran anak mereka.Pihak sekolah sedaya upaya membantu anak-anak mereka terutama memastikan anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 1 hingga 6 ini mendapat respon daripada ibu bapa.Tidak hanya meletakkan sepenuhnya penjagaan pembelajaran anak kepada pihak sekolah sebaliknya pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka agar memastikan kerja-kerja yang dibekalkan oleh sekolah dapat disiapkan dengan sepenuhnya.
Malah,anak-anak mereka kini tidak dapat melarikan diri untuk mengelakkan daripada tidak menyiapkan kerja sekolah.Surat komunikasi merupakan satu lagi program yang berkesan untuk memastikan ibu bapa turut memberikan kerjasama menjalankan tanggungjawab mereka kepada anak masing-masing..
Semoga program ini memberikan impak kepada kepada belah pihak bagi memastikan kecemerlangan anak-anak didik sekolah ini.
Pena Kasih: Suka melihat murid-murid maju walaupun sedikit kemajuannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment