Monday, March 31, 2014
AIS KRIM.....
Bisa bicara walaupun seharian suntuk mengadap komputer untuk menyiapkan SPS.Apa-apapun alhamdulillah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat apabila semuanya telah diketahui.
Kali ini pena kasih ingin bercerita tentang 'ais krim' yang muncul dari mulut Apiz apabila dia menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Manaf bersama ibu dan mak longnya.
Berlari ke arah aku dan meminta ais krim.Lantas ku katakan tiada orang menjual ais krim pada hari ini di majlis perkahwinan.Tiada kedai yang berhampiran untuk membeli ais krim.Dia tetap merenggek hendakkan ais krim juga.Tidak dapat dengan aku dia merenggek di hadapan Uda Wanya.
Mungkin di sesetengah majlis perkahwinan dihidangkan air krim untuk tetamu.Kini, pelbagai cara yang telah dibuat oleh tuan rumah pengantin untuk menjamu para tetamunya.Air cendok umpamanya kini sudah menjadi kebiasaan kepada tuan rumah begitu juga dengan pelbagai jenis air.Sehinggakan adakalanya para tetamu tidak tahu memilih air mana yang diinginkan.Ada kalanya mereka mengambil beberapa jenis air dan kesudahannya dibiarkan di atas meja tanpa diusik.Ada juga pembaziran di situ.Namun itu pilihan mereka.
Mereka tetap ingin bermanja dengan Uda Wanya.
Percubaan pertama Apiz menggunakan kameraku untuk mengambil gambar....not bad.
PENA KASIH: Geli hati melihat keletah mereka berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment