Thursday, April 10, 2014

BERUBAH LAGI

Bicara masih diteruskan.Walaupun sedikit tapi bermakna. Alhamdulillah setelah mendapat ilmu dan perlu dikongsikan bersama,akhirnya hari ini aku dapat meluahkan apa yang aku perolehi.Taklimat yang aku sendiri sampaikan untuk rakan-rakan guru bagi penambahbaikan PBS sekurang-kurangnya dapat meringankan tugas guru.
Aku siapkan bahan taklimat aku dalam bentuk powerpoint.Thanks to my hero yang banyak membantuku.
Mereka bersantai di lantai sahaja...itulah guru-guruku.Yang penting mereka dapat ilmu yang disampaikan .Keselesaan tidak menjadi keutamaan.Kami sudah biasa dengan keadaan di sekolah.Pastinya dalam diri guru-guru SKCC tersemat satu semangat.Tidak mudah mengalah sebaliknya berusaha untuk memajukan anak-anak didik. Aku harap dengan taklimat yang aku berikan ini,sekurang-kurangnya memberikan maklumat baru berkaitan penambahbaikan PBS.Lebih messra guru.Namun, sekolah kami akan membuat satu ketetapan agar guru-guru mempunyai satu modul yang membolehkan perekodan perkembangan murid dicatat dan dijadikan bukti. Apa-apa pun tahniah buat guru-guruku kerana pada tahun ini, sekolah kami juga telah tercalon untuk New Deal dan akhirnya ia membuahkan hasil.Hanya menunggu sahaja.......Sebuah kejayaan tidak akan diperolehi tanpa adanya kerjasama, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semalam pula ,aku bersama guru data menghadiri taklimat berkaitan dengan ABM 2015.....Dapat juga aku berjumpa dengan bekas kawan-kawanku semasa dahulu...Apa-apapun itu semua kenangan .
PENA KASIH: Masih bersemangat lagi...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails