Sunday, December 15, 2013
RONDA-RONDA DI PAGI AHAD
Hari ini, disebabkan masalah ketiadaan air di rumah menyebabkan kami mengambil keputusan untuk bersarapan di luar.Kalau ada air,banyak kerja yang perlu dibereskan.Ketiadaan air membantutkan kerja-kerjaku untuk membasuh itu dan ini.So, aku dan hubby meronda-ronda di bandar sehinggalah ke Buloh Kasap.Sebelum itu, sempat kami singgah di Kg Bumbun untuk melihat anak bujangku bermain futsal anjuran Belia.
Sampai di situ, perlawanan belum bermula lagi.So, aku dan hubby pergi meronda di Taman Yayasan untuk menikmati sarapan pagi.Tiada tempat yang sesuai buatku sehinggalah aku ke Kedai Makan P.Ramlee.AKu nampak Kak Saadiah with her husband sedang makan di situ.Sekali lagi, aku berpindah tempat kerana di situ 'parking' penuh.Kalau tidak dapat juga aku berbual-bual dengan kak Saadiah dan my hubby bolehlah berjumpa dengan his cousin.No rezeki untuk kami bersembang-sembang dengan kak Saadiah.
Akhirnya, aku bersarapan di Kg Tasek dan pusing balik untuk memberikan sokongan kepada anak bujangku bermain 'futsal'.
Anak bujangku memakai nombor 8.My bujang ni memang minat betul dengan sukan.So, kami menunggu dia bermain untuk satu perlawanan dan dia mampu menjaringkan satu gol untuk pasukannya.Selepas, bermain sempat aku berjumpa dengannya sekejap sebelum kami beredar ke Dataran Segamat.
Aku sebenarnya kurang berminat untuk pergi ke dataran Segamat.So, just followed my husband....
Cuaca panas memaksa aku memakai payung......
PENA KASIH:
Petang ke kebun pula meneruskan misi membersihkan kebunku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment