Saturday, December 7, 2013
SALAM TAKZIAH
Jam 12.00 malam, deringan telefon berbunyi.Aku dan suami berpandangan kerana dalam masa yang sama kami ada mendengar ambulans masuk ke kampung dan keluar dengan begitu laju sekali.Pelbagai andaian yang timbul di benak fikiran ini.Apabila panggilan dijawab, rupa-rupanya my MIL memaklumkan yang suami Som was passed away tanpa sebarang penyakit.kematian mengejut katanya.Meminta kami membawanya untuk menziarahi keluarga SOm.Kami berjanji untuk pergi awal kerana selepas itu,kami akan terus ke Spang Loi menziarahi atok yang telah kembali ke rumahnya.
Takziah untuk Som....sayu aku melihat wajah anak-anaknya.Bergenang air mata melihat wajah anak lelakinya yang nampak riang tapi disaat menatap wajah ayahnya, air mata mengalir bercucuran.Kehilangan seorang ayah yang tiada penyakit dan mengejut menyebabkan anak-anak kesedihan.Tampak di wajah anak-anaknya.
Aku lihat wajah Som yang tabah menghadapi dugaan hidup tanpa suami di sisi apatah lagi saat meninggal dunia, si isteri tiada di sisi.Ketabahannya menahan air mata akhirnya tewas, apabila keluarga sebelah suaminya mendakap Som dengan penuh kasih sayang.Aku melihat sendiri dan rasa sayu amat jelas sekali.Tanpa menyedari air mataku juga mengalir sederas air mata SOm.
Aku tidak lama di situ walaupun Nain memesan agar turut sama untuk majlis tahlil yang diadakan seawalnya kerana kami bercadang ke Spang Loi melihat atok.Seperti biasa atok duduk berehat dan adakalanya tidak berhenti bercakap.
Kami turut dijamukan makan tengah hari.Ikan sungai,....memang sedap.Bila cuaca mendung perut pun kelaparan.
Terima kasiih Mak Utih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment