Friday, December 20, 2013

KULAI -MELAKA

Once aku terima surat tentang kursus kepimpinan Pro Guru Besar,aku sudah terbayang yang aku perlu hadir menggantikan guru besar aku yang kini berada di luar negara.Namun, sebelum aku pergi, aku perlu menelefon orang-orang tertentu untuk mendapatkan keputusan sama ada aku perlu hadir atau tidak.Ternyata keputusannya memerlukan aku hadir untuk menerima maklumat sebelum sekolah bermula pada 1 Januari 2014. Aku perlu menyiapkan pelbagai dokumen dari unit Kurikulum, Hem dan KK dan alhamdullilah aku berjaya menyiapkan seperti yang dikehendaki hasil daripada kerjasama semua guru yang berkenaan.
Last minute,terima satu surat memerlukan aku bergerak ke Kulai untuk menghadiri taklimat awal persekolahan daripada pengarah pelajaran.Kali ini, aku pergi menaiki bas yang disediakan.Hajat dihati aku hendak ke Melaka bersama-sama suamiku dan anak-anak tetapi disebabkan aku perlu ke Kulai, aku pendamkan impian itu. Selesai mendengar taklimat, kami bergerak ke Melaka.Kami bermalam di Kings Hotel Melaka dan di situlah tempat kursus kami.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Bengkel perbincangan mengenai pelbagai isu yang dihadapi di sekolah.
Mendengar taklimat daripada tuan Pegawai Pelajaran Daerah.Banyak info yang diperolehi agar dijadikan panduan dalam memimpin sekolah. Untuk menjadi seorang pemimpin yang disenangi oleh semua orang bukannya senang tapi yang penting melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan itu lebih penting.Walaupun kita tidak dihargai di mata manusia tapi biarlah yang penting kita perlu berintegriti dalam menjalankan tugas. PENA KASIH" Biarlah menjadi belakang tabir sahaja.......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails