Monday, December 16, 2013
BIGFOOT
Kali ini, kami digemparkan dengan 'bigfoot' yang dikatakan ditemui di kebun sayur yang terletak berhampiran di kampung aku.Sekali lagi, kampungku menjadi glamour sekejap.
Aku pun sebenarnya tidak mengikuti sangat kisah 'bigfoot yang ditemui di kampung ku.Bukan tidak mahu ambil kisah tetapi banyak kerja yang aku terpaksa bereskan sebelum berangkat ke Melaka untuk menghadiri satu taklimat/mesyuarat.
Emmmmmm.....setiap malam aku terpaksa menyiapkan laporan itu dan ini untuk dibawa bersama.Entah bila masa rehatku pun aku tidak tahu.Entah bila masa cuti aku bersama family juga aku tidak tahu.Banyak yang perlu dibereskan sebelum menjelang tahun 2014.
Aku hanya mendapatkan maklumat mengenai 'bigfoot' daripada anakku setelah didatangi oleh Pegawai Perhilitan untuk mengetahui dan mendapat cerita yang sebenarnya setelah akhbar melaporkan satu kesan 'bigfoot'ditemui di kampungku.Aku pun masih tidak sempat untuk berbual-bual dengan ayahku untuk mengetahui kesahihan cerita tersebut.
Yang pastinya pegawai perhilitan mengatakan ia merupakan kesan tapak kaki tapir berdasarkan kajian mereka.Itu sahaja yang dapat aku ketahui daripada anakku.
PENA KASIH:
Bila binatang hutan sudah mula menjinakkan diri....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment