Saturday, December 28, 2013

ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PENJUALAN BUKU TULIS

Alhamdulillah selesai sudah program Orientasi untuk murid-murid Tahun 1 bagi sesi 2014.Pendaftaran untuk murid-murid Tahun 1 juga meningkat pada tahun ini.Sesuatu yang baik dan pihak sekolah telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memilih sekolah COnvent sebagai titik permulaan untuk anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan.InsyaAllah,kami warga sekolah akan sedaya upaya membantu dan membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan dari segi akademik dan juga sahsiah diri. Pencapaian anak didik sekolah ini sehingga ke peringkat antarabangsa telah memberikan satu pendedahan kepada anak-anak didik sekolah ini agar lebih berfikiran terbuka, berinovasi dan kreatif dalam memberikan buah fikiran. Kami juga mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan sentiasa berusaha untuk memastikan anak-anak sekolah ini melibatkan diri sehingga ke peringkat yang tinggi.Pihak sekolah telah meletakkan cikgu Supian bin Hashim, cikgu Wan dan Cik Premawathy untuk memastikan anak-anak didik SKCC terus melibatkan diri sehingga ke peringkat antara bangsa.
Buat pertama kalinya, cikgu Supian memegang guru kelas....bersemangat . Hari ini juga diadakan jualan buku yang dikendalikan oleh Sister's.So, kerja kami menjadi ringan sedikit.Terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir ke sekolah pada hari ini untuk pembelian dan pembayaran sumbangan PIBG.First day sekolah,terus sahaja PdP dijalankan .Murid-murid agaknya tidak sabar untuk belajar apatah lagi guru-guru dengan semangat dan azam tahun 2014. Tahniah kepada guru-guru SKCC...
Ibu bapa murid-murid sibuk membeli buku..
Pn Norlela and me menyambut tetamu untuk program orientasi......
Aku diberi peluang untuk memberikan sedikit info untuk disebar luaskan kepada para ibu bapa.
Murid-murid selalu keliru antara aku dan pn Norlela...Tapi kali ini, beg kami juga serupa. PENA KASIH" Macam-macam nak buat....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails