Friday, December 20, 2013

BICARA PENA KASIH

Pena Kasih akan terus menulis walaupun sesingkat sahaja yang ingin ditulis.Sekadar untuk dijadikan kenangan buat keluargaku.Menitip kisah perjalanan kehidupan yang tua dan yang muda.Biarpun ada kalanya masa begitu mencemburui kehidupan tetapi masih ada ruang juga yang perlu dicari untuk menitip kisah perjalanan kehidupan. Biarpun sibuk dengan kerja-kerja rutinku, tapi aku akan cuba mencari sedikit ruang untuk aku bersantai dengan dunia penulisanku.Mssih banyak lagi yang perlu kucatatkan agar dijadikan memori buat diriku.
Masih terus untuk berposing.....sudah semestinya.
Inilah tugas che Abe dan aku....sentiasa menantikan panggilan telefon untuk memaklumkan keadaan atok dan juga tindakan yang perlu aku dan che Abe buat ..menghantarnya kembali ke rumah Pak Andak Dollah katanya.Tersenyum dan ketawa kecil apabila menyebut hendak menghantarnya ke rumah Pak Andak Dollah.Kadang-kadang dia sendiri terlupa siapa dirinya sebenar.Apa-apa pun, che Abe dan aku selalu berbual dan berbicara dengannya.Adakalanya pertuturannya menggelikan hati kami.Gelagatnya menyebabkan kami ketawa.Kadang-kadang dia menceritakan perjalanan kehidupannya dulu-dulu.Daya ingatannya masih kuat lagi walaupun fizikalnya lemah dan tidak sekuat dahulu. Malam ini, aku menghantarnya setelah dia berhasrat untuk kembali ke rumahnya yang telah ditinggalkan hampir seminggu.Sepanjang perjalanan,dia begitu happy sekali.Tidak sabar untuk kembali ke terataknya.
Beginilah keadaannya....terlalu gembira dan tidak berhenti bercakap.Kali ini, dia ingin ke Pahang kerana di sana dikatakan di situ banyak ikan dan tidak seperti di sini yang agak sukar untuk mencari ikan kembung katanya. PENA KASIH: Gembira melihat dirinya sentiasa ceria.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails