Friday, March 14, 2014
TAHNIAH.....
Bisa berbicara lagi walaupun mood menulis ada turun naiknya.
Saban minggu cuti sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jemputan.Tiada ruang kelapangan di hujung minggu.Terasa sibuknya hari-hari yang dilaluinya..
Minggu ini, aku dan familyku ke Felda Redong.Menghadiri majlis pernikahan anak sepupuku.Seawal jam 8.30 pagi,mereka meminta aku bergerak awal kerana majlis pernikahan akan bermula jam 9.00 pagi.Pagi lagi aku telah bersiap-siap mengemas rumah dan seterusnya bersedia untuk bergerak awal ke sana.
Seawal dan secepat manapun tetap akan lambat juga.....aku yang datang awal juga terpaksa menunggu.Biasalah...
Tahniah buat Khalil and Kak Milah di atas perkahwinan anaknya.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah mereka menjadi pasangan suami isteri.Semoga kebahagiaan mereka akan berkekalan.
Menantu, mentua dan cucu makan semeja.....Aku sayang kalian.
PENA KASIH:
Hujung minggu sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah dan syukur kerana dapat menjalani kehidupan dengan ceria dan warna warni.
Saya tertarik dengan cerita kelawar (2011) dalam rumah yang berjaya dihalau tu. Samapai sekarang memang dah bebas kelawar lah ya?
Saya menghadapi masalah kelawar tu sekarang. Apa racun yang Pak Agus tu pakai ya? dan apa cara dia gunakannya?. Kalau boleh disiasat dan dimaklumkan perkembangannya sangat-sangatlah saya hargai. Nak panggil Pak Agus saya tinggal di KL.
Terima kasih...kelawar untuk ia pergi tidak semudah itu...sehingga kini saya masih mencari dan berusaha untuk menghalaunya.Cuma kini,di tepi-tepi atap diletakkan jaring agar ia tidak masuk lagi.Namun,kelawar tetap kelawar.Ia sentiasa mencari ruang untuk menghuni rumah kami.
Post a Comment