Saturday, March 22, 2014

BERSEMBANG SANTAI DI UNIKL JB..

Bila pena kasih ingin meneruskan bicaranya. Bukan mudah untuk meluangkan masa bila di hujung minggu.Sudah tentu pelbagai agenda yang berlaku di hujung minggu aempena cuti persekolahan.AKu juga tidak ketinggalan terpaksa melepaskan beberapa program untuk bersama masyarakat sekitar. Lantaran disebabkan program yang aku hadiri berkaitan dengan kerjayaku sebagai seorang pendidik, aku melepaskan beberapa program aku yang tersendiri untuk bersama-sama mereka apatah lagi aku mendapat sokongan daripada suamiku.Apa-apa pun yang penting kebenaran daripada suami itu yang penting dan kesanggupan untuk menghantar dan bersamaku sepanjang tempoh aku berada di UNIKL JB. Simposium Pendidikan yang dianjurkan oleh Badan perhubungan UMNO dan biro pendidikan negeri Johor yang sedikit sebanyak membuka mindaku terutama berkaitan dengan isu pendidikan hari ini.Aku mendapat banyak maklumat semasa bengkel yang dijalankan dan juga mendapat pelbagai info berkaitan dengan pendidikan daripada mereka yang terkenal iaitu dari KPM,MARA dan pelbagai agensi lain yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita terutama berkaitan dengan pendidikan masa kini. Walaupun tajukku bersembang santai tapi sebenarnya banyak info yang diperolehi.Kesedaran pelajar Melayu akan kepentingan pendidikan agak kurang dan inilah yang ingin diperjuangkan agar mereka sedar pelbagai kemudahan yang diberikan perlu dimanfaatkan demi kecemerlangan mereka.Walaupun kecemerlangan mereka memperolehi keputusan yang terbaik merupakan kayu ukur untuk meneruskan pengajian di peringkat yang tinggi tetapi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang/menyerlah juga mempunyai tempat untuk meneruskan pendidikan mereka.Cuma mungkin mereka tidak tahu hala tuju untuk mendapatkan sebarang maklumat.
Dialah sifuku...ke mana sahaja aku ingin pergi dan mendapat kebenaran akan dibawanya.Terima kasih kerana memahami isterimu ini. Kesabarannya teruji seketika apabila kesesakan lalu lintas.
Bersama pelajar UTHM yang turut serta dalam program ini.Sempat lagi aku berposing sebelum pergi berbengkel..
Pengerusi Biro Pendidikan negeri Johor menyampaikan ucapan alu-aluannya.. PENA KASIH: Percutian yang bermakna..

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails