Monday, March 24, 2014

LAYAN ANAK SAUDARA....

Salam takziah dan al-Fatihah kepada mangsa MH370 dan keluarga.Sebak tatkala menerima perkhabaran berita tersebut.Pastinya Allah mengetahui segalanya. Dalam masa yang sama aku dan familyku melayan anak saudara, Apiz dan Adif.Bila telefon di rumahnya telah baik dan aku berpeluang untuk bertanya khabar dan bertanyakan 'homework'nya sepanjang cuti persekolahan.Apis mengatakan homeworknya belum siap dan perlu menunggu ayahnya untuk meminta bantuan.Aku memintanya menyiapkan kerja sekolah. Memang mulutnya tidak berhenti bercakap...meminta aku dan Uda Wanya membawanya berjalan-jalan ke Zoo Melaka dan makan-makan.Aku tidak mampu untuk membawanya berjalan-jalan ke Melaka coz aku ada 'event' minggu ini.Lantas, dia menelefon Uda Wa untuk mengajak Uda Wanya ke Melaka setelah aku memberikan alasan yang aku tidak dapat membawanya ke Melaka. Sembang santai bersama Uda Wanya, dia akhirnya akur dengan kesibukkanku dan malamnya aku membawanya ke bandar dan ingatkan hendak membawanya ke OS.Bila sebut OS,lantas dia mengajak aku menonton wayang.So,aku maklumkan since 1991,Uda tak pernah jejak kaki ke panggung wayang.Uda kurang minat untuk ke sana.Dia terus bercakap dengan Uda Wa dan mengajak Uda Wanya menonton wayang.Jika tidak dapat, dia hendak mengajak abang Ngehnya.Sebenarnya anak-anakku bukannya kaki wayang.Mereka memang tidak berminat setakat ini terutama along.Hasratnya terbantut.Akhirnya, dia mengajak aku berjalan-jalan sahaja. Permintaannya untuk makan di KFC, kami tunaikan.Kegembiraannya terserlah.Terjerit-jerit kerana permintaannya untuk makan di situ ditunaikan.SUdah lama 'abang'tidak ke sini.
Suamiku sempat memberikan tazkirah kepadanya..adab-adab makan coz tak berhenti-henti bercakap apabila makan sehingga air tertumpah.
Memerhatikan gelagatnya.....
So happy......katanya.
Selepas makan, kami membawanya ke dataran...berlari ke sana-sini.Itu pun tak mahu balik awal.Masih hendak bermain lagi. Pena Kasih: Tetap menagih untuk ke Melaka....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails