Banyak juga entri yang telah saya buat tapi akhirnya ia hilang begitu sahaja...mungkin ada kesilapan yang saya sendiri lakukan...tersilap tekan dan sebagainya.Apatah lagi baru-baru ini lappy ni dihantar ke kedai kerana ada masalah teknikal semasa hendak menulis blog.Yang mengecewakan kini, saya tidak boleh upload gambar yang sememangnya menjadi kegemaran dan memori saya suatu ketika nanti.Namun, saya perlu berpuas hati dengan apa yang terjadi kerana mungkin ada hikmah disebalik itu.
Tidak bermakna saya terus berputus asa tapi saya masih boleh menulis kerana itu memang kegemaran saya untuk mengasah minda saya.Penulisan yang lebih bersantai dan membuat rujukan yang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan che Abe yang memang penulisannya mempunyai rujukan yang mendalam.Membaca jambatan ilmu ..itu pesanan che Abe dan saya akui dengan banyak membaca,banyak ilmu yang diperolehi.
Saya terus diberikan dorongan dalam kesibukkan menyiapkan rutin tugasan saya dihujung tahun.Membuat takwim yang nampak mudah tapi memerlukan perancangan, perbincangan dan penelitian yang amat mendalam.Kalau dirasakan sempurna tetap masih ada kekurangan di sana sini dan saya tetap menerimanya dengan redha andai rasa ketidak puasan hati.Terus terang saya katakan saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
PENA KASIH:
Mengalah dengan cara berdiam......
No comments:
Post a Comment