Wednesday, January 29, 2014
ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH................
Pena kasih masih terus ingin berbicara.
Alhamdulillah,selesai sudah akhirnya sebuah penantian yang sedikit sebanyak membuatkan kami rasa 'stres'.Even semuanya hampir selesai tapi apabila masa kunjungan agak lama ia tetap dirasakan ada kekurangan sehinggalah di saat akhir.Aku rasa guru-guru aku buat kerja sebaik mungkin and boleh dikira 'all out'.Ada yang rasa nak cuti tidak jadi cuti sebaliknya terus bersama-sama kami melakukan yang terbaik untuk yang terbaik.My ayat memang menarik.........
Aku sendiri sebenarnya sudah lama menyiapkan semua dokumen untuk bahagian kurikulum.Kurang 'stres'sebab dokumen aku hampir semuanya telah lengkap walaupun mungkin ada kekurangan di mata orang lain.Tapi tidak apa kalau aku syok sendiri menyiapkan dokumen tersebut.Pastinya aku sendiri rasa puas kalau itu hasil tanganku sendiri.Mungkin ada kekurangannya.
Hari ini aku dipilih untuk jadi pegawai perhubungan..........memang penat mendaki bukit apabila diperlukan.Terasa kaki-kakiku sakit dan apabila balik dan berehat ternyata kaki dan langkahku semakin perlahan.Nak kata tua belum tua lagi.......Perasaan kot.
Siapa kata tidak mengelabah jika ada pelawat yang hendak datang ke sekolah.Aku sendiri dari semalam sudah menyiapakan BBM untuk diajar pada hari ini.Mana tahu ..tiba-tiba Mr.N said i want to observe u...tak mengelabah ke?sebab last year aku dah kena.Kepenatan aku turun dan naik dari tingkat bangunan memang tidak boleh diceritakan.Lepas itu, dia kata nak observe aku..so aku terima aja .
Peringkat awal.......kami semua berkumpul di bilik mesyuarat untuk membuat pembentangan 'powerpoint' .Untuk menjual sekolah is not easy sebagaimana mudahnya kita berbicara.Sudah beberapa hari aku menyiapkan power point.Aku rasa puas dapat menyiapkan semua itu.
My bos memberikan ucapan ringkas sebagai pembuka bicara.
Kali ini,aku kurang ditanya seperti yang lalu Coz dia kata semua maklumat yang dikehendaki telah tersedia ada.Syukur kerana dapat menyiapkan dokumen seperti yang dikehendaki.Hendak yang terbaik bukan senang,memerlukan komitmen yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap bidang masing-masing.Aku percaya guru-guru sekolah aku semuanya mempunyai semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing walaupun mereka sibuk di awal tahun.
Semoga semuanya akan terus bersemangat untuk melaksanakan tugas masing-masing dan memastikan semua dokumen dapat dilengkapkan seperti yang dikehendaki.
PENA KASIH
Terus berusaha untuk membuat yang terbaik....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment