Saturday, January 18, 2014
CERITAKU DI HUJUNG MINGGU
Pena Kasih terus berbicara.
Kali ini lebih kepada kisah kehidupanku di hujung minggu.Yalah cuti hari Jumaat dan Sabtu.Ingatkan pagi ini, ingin melunaskan kerja-kerja di kebun yang telah terbengkalai buat seketika dek kerana kesibukanku dan my hubby.Kalau hari cuti ada saja jemputan yang perlu dihadiri.So, aku terpaksa melupakan seketika kerja-kerja kebunku.
Mana tak kerjaku terbengkalai.Pagi lagi aku dan hubby pergi bersarapan dan ke pasar tani.Hari Sabtu meluangkan sedikit masa ke pasar tani Segamat.Kalau tidak, aku terpaksa ke kedai untuk mencari lauk-pauk.Kadang-kadang letih juga hendak singgah di kedai apabila balik sekolah.So, aku beli bekalan untuk seminggu.Kadang-kadang cukup,kadang-kadang tidak cukup.
Lepas balik dari pasar tani, terus buat projek membersihkan taman bunga dan juga che abeku menyiapkan tempat bunga.Sakit pinggang katanya apabila aku suruh dia membuat tempat bunga.Apa yang penting nanti cantik bunga-bunga itu.Sampai pukul 12.30 aku bersama che Abe kat taman bunga.Kasihan pulak nak tinggalkan dia keseorangan di taman.Katanya,cukup aku melihat dia membuat tempat bunga.Hilang rasa penat.........hiba rasa hatiku.Semangat mesti beri...
Selepas semuanya selesai, kami bergegas bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku di IOI.Mencari rumahnya satu cerita.Pusing sana sini...akhirnya dekat dengan SMK Bandar Putra.
Sempat berposing mengabadikan diri untuk kenang-kenangan...
Ramai juga saudara-mara yang kutemui tapi tidak sempat untuk ku abadikan dalam bentuk potret..aku terpaksa bergegas pulang untuk ke majlis Yaasin di kampungku.Aku agak lewat sampai kerana balik rumah,solat dahulu sebelum bergerak ke tempat tersebut.Namun,aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun kepenatan.
Petang pula, che Abe ajak aku membersihkan kawasan persekitaran rumah...aku menyapu sampah di kawasan 'padang' rumahku sementara Che Abe menebas/memesin rumput di tebing rumah emak aku.Terima kasih buat suamiku yang sentiasa membantu ibu bapaku...terutama bab membersihkan kawasan rumah.
PENA KASIH:
Syukur dengan apa yang ada....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment