Monday, January 13, 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014
Pena Kasih meneruskan bicara.
Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama menikmati kehidupan ini, menikmati majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Seawal pagi lagi , aku telah mengejut anak lelaki aku kerana pada tahun ini dia bersama-sama penduduk kampung yang mewakili Masjid kampungku untuk turut menghadiri perarakan dari dataran Segamat ke Masjid Jamek Segamat.
Semalam lagi, aku telah membantu mereka membuat itu dan ini untuk sambutan Maulidur Rasul dan insyaAllah seawal bulan 2,penduduk kampung aku akan mengadakan majlis pula.
Kontijen dari PPD Segamat turut sama dalam perarakan tersebut dan tahniah diucapkan kerana mendapat johan dalam perbarisan sempena sambutan tersebut.
Kontijen dari Masjid kampungku....bersemangat anak-anak muda dengan paluan kompang.Beri sokongan kepada mereka.
Pertemuan yang tidak disangka......Faridah Othman suatu ketika daulu bersama-sama di SMK Convent Segamat.Aku nak balik dia baru nak sampai..Apa-apapun yang penting niat kita.
Dalam masa yang sama,kak Tie memaklumkan yang atok Endut Spang Loi telah menyahut panggilan Ilahi pada hari semalam.Al-Fatihah untuk atok Endut begitu juga dengan pak Ucu Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pada hari kelmarin.Tiada sapa sangka, baru lagi aku bertemu dengannya tapi Allah menyayangi dirinya.
Beberapa orang penduduk kampung sedang menikmati makan secara berdulang....
PENA KASIH:
Semoga diberi peluang untuk hadir lagi ke majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment