Thursday, January 9, 2014
YANG TIDAK BIASA DIBIASAKAN
Pena Kasih berbicara kembali .Terhenti seketika kerana tuntuan kerja itu diutamakan.
Bila yang tidak biasa dibiasakan sudah tentu akan terasa kekok dan ada yang tidak kena.Begitulah realitinya apabila Johor bertukar cuti mingguannya ke hari Jumaat dan Sabtu.Mula-mula terasa kekoknya dan di minda aku sudah terlupa adanya bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Aku ingat esok bersekolah sedangkan esok sudah hari Jumaat.Masa begitu pantas sekali sehingga lupa pada cuti.
None stop working...............
Setiap hari, aku akan balik jam 4 atau 5 malah terlajak sehingga 6.00 petang.Macam-macam kerja yang perlu aku bereskan dan memberikan satu kepuasan pada diri aku.Namun, disebalik kesibukan aku tidak sesekali lupa tuntutan kita sebagai umat Islam.
Namun, aku bersyukur kerana Johor mengambil cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Masjid dipenuhi dan tiada lagi terkocoh-kocoh untuk mereka berkejar ke tempat kerja.Mereka berpakaian kemas ke masjid.
Aku memang bersyukur sangat apabila bekerja sehingga hari Khamis kerana jika hari Jumaat aku terpaksa 'stay' kat sekolah sehingga jam 2.00 petang.Anak-anak dan suami ke tempat sembahyang tidak makan.Aku balik barulah mereka dapat makan dan menikmati masakan aku.Hendak masak waktu pagi, che Abe dan anak aku tidak berapa suka kerana masakan tersebut sejuk.Bertahun aku begitu.....
PENA KASIH: Sentiasa bersyukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment