Monday, December 31, 2012

SUKA-DUKA 2012

Tinggal  beberapa jam lagi 2012 melabuh tirainya.Pelbagai episod suka-duka dilalui sepanjang berada di tahun 2012.Namun, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat.Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kenangan indah di awal tahun masih tersemat indah di hati ini.Memori ituku biarkan bertahta di hati ini.Syukur kepadaMu.......
Aku juga bersyukur dengan kerjaya yang aku lalui.Walaupun tekanan dan bebanan kerja yang semakin  bertambah tidak sesekali membuatkan aku mengeluh.Aku lalui dengan cara dan tindakan aku sendiri.Namun, aku bersyukur mempunyai keluarga yang memahami situasi aku dan juga sokongan padu daripada mereka.Kepada ibu dan ayah yang sentiasa prihatin dengan anak-anakku tatkala aku dan suami sibuk.Itulah kebaikan tinggal berhampiran dengan mereka.Setiap hari, aku dapat menjengah dan bertanya khabar mereka berdua.Setiap hari, aku sentiasa bersama mereka......

Anak-anak adalah permata aku yang sentiasa di hati ini.Leteran dan ingatan seorang ibu kepada anak-anak memang tidak boleh dipisahkan.Nun jauh di utara, anak perempuanku sentiasa ditanya khabar beritanya.Tidak membiarkan dia sendirian di sana.Aku juga bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak kami.Maklumlah cucu yang seramai empat orang ini lah membuatkan hati mereka ceria.Gelagat dan keletah mereka yang kadang-kadang menyebabkan orang tuaku naik angin tetapi mereka pandai memujuk nenek dan datuk mereka....

Buat suamiku yang sentiasa memberikan tazkirah kepada kami anak-beranak sudah cukup menggembirakan hati aku.Ilmu ada di mana-mana sahaja.Terima kasih, che Abe.Kali ini, aku tidak dapat bercuti kerana cutiku tidak sama dengan cuti che Abeku....akhirnya 2012 hanya berlegar-legar di kawasan Segamat sahaja.Sedih pun ada sebab angan-anganku tidak kesampaian...tahun 2013 perancangan hendak ke Terengganu, Pasar Payang .....Kain sutera menjadi idamanku.

Tahun ini, juga sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya.Menutup tirai 2012.Seronok kerana dapat mengumpul saudara-mara yang jauh dan dekat.Ada yang bertandang dan tidur di rumahku.Meriah sekali.

Aku juga bersyukur kerana pada tahun ini, sekolah aku mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.Sebenarnya ramai yang menganggap sekolahku adalah sekolah swasta dan yuran tahunan yang tinggi tapi sebenarnya tidaklah seperti yang mereka anggap. Aku juga pernah bersekolah di sini sewaktu sekolah menengah dahulu.Cuma satu sahaja yang aku kagum setelah berada di sekolah ini iaitu semangat yang kental dalam apa juga cabaran yang ada.Aku juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang masih memilih sekolah ini sebagai tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu.Anak-anak yang berada di sini semuanya mempunyai semangat yang kuat, berani dan aku juga ingin merakamkan ucapan tahniah buat adik NurAtiqah Syahirah yang telah berjaya memasuki Sekolah Yayasan Saad di Melaka.Anak-anak yang belajar di sini diberi peluang untuk mengasah bakat yang terpendam.Malah ada pelajar sekolah ini telah berjaya menunjukkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.,..Syabas.

Walaupun pelbagai andaian yang dibuat, tapi kini aku lihat ibu bapa sudah mula membuka mata untuk  menghantar anak-anak ke sekolah ini.Tahniah!Pelajar yang tidak ramai memudahkan guru-guru memberikan tumpuan kepada mereka.Malah aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru khususnya guru tahun 1 yang cuba memastikan anak-anak murid mencapai 100% Linus dan tiada murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Sedih kerana pada tahun ini dua orang guru telah berpindah sekolah.Buat Puan Suzima yang berpindah ke Terengganu, tahniah kerana setiap tahun memohon untuk bertukar ke Terengganu setelah berbakti di daerah Segamat hampir 10 tahun.Jasa dan pengorbananmu mendidik anak-anak Melayu kita memang tidak akan dilupakan...Namun,beliau tidak dapat balik ke tempat kelahirannya di Marang tapi berkhidmat di Kemaman.Buat Pn Salbiah yang berpindah ke SK Kg Jawa, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kerana telah berkhidmat di sekolah ini dengan baik dan jayanya.Kami juga kehilangan salah seorang guru yang terbaik dan kreatif.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Cikgu Nordin dan Pn Harlina ke SKCC.

PENA KASIH:
Semoga tahun 2013, memberikan sinar yang baru buat warga SKCC....


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails