Just imagine....satu rumah demam.Seorang demi seorang tumbang..bermula daripada anak lelaki, hubby demam sedikit, antibodi kuat,then aku pula....teruk juga.Dah tua ni antibodi semakin kurang.Macam-macam makan begitu juga....akhirnya terima seadanya nikmat sakit yang diberikan.
Aku paling tidak suka kalau kena batuk..bukan apa batukku bukan seperti batuk orang.Sekejap aja....tapi aku.kalau tak dua minggu atau lebih bukan namanya batuk.Pelbagai ubat dibeli..dah habis satu botol, beli lagi dan akhirnya aku minum air suam aja...Tekakku gatal-gatal sehingga lenaku terganggu...
Kali ini, agak teruk, hilang suara.Serak-serak basah.Bila my staf telefon,mereka siap tanya, ini Puan N....ke?Ya,.kenapa?Suara bestnya....ahahaha......itulah bila nikmat telah ditarik sedikit demi sedikit, aku pasrah....Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untukku untuk meneruskan kerja-kerjaku dan melakukan amal ibadat.
Bila batuk, aku jadi kurang bercakap..no mood.Bukan apa, nanti my hubby and my son gelakkan aku.Kalau selama ini, suarakulah yang paling kuat dan lantang bila bercakap..la ni suara sudah 'rock' sekejap.Apa-apa pun aku tetap juga ingin bercakap walaupun suaraku hilang untuk seketika....Padah makan durian dan rambutan kot.....Sejak beberapa minggu ini, semuanya aku lupakan....demi kesihatan.
Pagi tadi,aku ke hospital....dari semalam aku berdoa agar aku tidak batuk sewaktu berada di klinik untuk mengambil darah..Alhamdulillah, sepanjang aku berada di klinik kesihatan, aku tidak mengalami batuk dan selepas semuanya beres dan semasa hendak menaiki kereta, barulah kedengaran batukku.Suamiku pun pelik.Lalu aku cakap ..Allah mendengar rintihan hambaNya,Allah mendengar doa hambaNya...Terima kasih,Ya Allah....
Aku berharap sangat agar minggu depan aku sihat,tiada batuk-batuk lagi.Maklumlah hendak pergi mesyuarat di peringkat daerah..kalau batuk mengganggu orang lain pula...
PENA KASIH:
Mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik....
No comments:
Post a Comment