Tuesday, April 10, 2012

BUAH SAGA

Mencari-cari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, tiba-tiba aku teringatkan kisah buah saga.Berwarna merah dan amat menarik sekali.
Teringat pula sewaktu aku berada di bangku sekolah rendah di SBH.Di belakang sekolah terdapat beberapa batang pokok saga.Aku dan beberapa orang kawan, Ana, Edah akan mengutip buah saga tersebut.Sewaktu menunggu ayah mengambil aku, aku akan mengutip buah saga tersebut.Memang menarik...merah.

Sewaktu dahulu, aku ke sekolah berjalan kaki sahaja  kerana emak dan ayah bekerja kampung.Bersama-sama dengan bapa saudara serta beberapa orang kampung akan meredah paya yang merupakan laluan paling dekat untuk ke sekolah.Menuruni bukit dan mendaki bukit sudah menjadi kebiasaan kepada kami.Pagi lagi sudah bergerak dari rumah.....berhenti sekejap melepaslah lelah sambil mengutip biji saga yang berhampiran dengan sekolah.

Itulah rutin aku setiap hari......apabila biji saga sudah banyak dikutip kami akan  bermain-main dengannya.Tidak dapat aku hendak gambarkan di sini bagaimana kami menggunakan biji saga sebagai salah satu permainan kami ketika itu.Ada kalanya biji saga yang dikutip itu akan digunakan untuk aktiviti lukisan.Bila sudah terlalu banyak,biji saga akan kami letakkan di dalam bekas kaca ataupun plastik.Sekarang aku jarang melihat anak-anak bermain dengan biji saga dan mungkin anak aku sendiri tidak mengenali biji saga.

PENA KASIH:

Tersenyum sendirian bila terkenangkan mengutip biji saga dengan Ana...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails