Bestnya kalau baca tajuk di atas...tapi itu hanya tinggal impian.Kecewa pun ada tapi aku perlu terima kenyataan..rezeki aku hanya setakat ini.Namun, aku tidak pernah meninggalkan 'hobby' aku dengan membaca.Bila anakku melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan,aku sentiasa dijadikan bahan rujukannya.Kalau ayahnya Bahasa Inggeris sentiasa ditanya, malah adakalanya apa yang dibuatnya akan disemak oleh ayahnya.Zaman sekarang senang aja..hantar dan dalam masa yang sama sekejap sudah dapat 'feedback'.
Aku pula macam-macam ditanya.Hendak tak hendak aku terpaksa bersedia untuk menjawab segala pertanyaannya.Sebab itu aku katakan aku terpaksa belajar lagi..maklumlah sudah lama meninggalkan teori itu dan ini..lupa......tapi kadang-kadang seronok juga kerana membuka minda aku yang perlu diasah.Itulah anak sekarang....layan aja karenah mereka.Aku tidak mahu menghampakan mereka.
PENA KASIH
Selagi kita hidup, ilmu sentiasa dicari..
No comments:
Post a Comment