Wednesday, February 22, 2012

PELANCARAN MINGGU DADAH





Dalam kesibukan menyiapkan folio untuk pencalonan sekolah kluster, sempat lagi kami mengadakan Pelancaran Minggu Dadah pada hari ini.Terima kasih kepada unit HEM yang dapat melaksanakan program pelancaran pada hari ini.

Banyak sebenarnya aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu dadah ini yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan bahayanya dadah dan perlu dijauhi.Pelancaran yang dilaksanakan oleh guru besar pada hari ini agak meriah dan diselitkan dengan aktiviti nyanyian, membaca sajak dan juga pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1.

Dalam kesibukan itu juga, saya terpaksa membahagikan masa antara mengajar dan menyiapkan folio Sekolah Kluster yang perlu dihantar dalam masa terdekat ini.Kadang-kadang tertekan juga dengan keadaan kerja pada hari ini.Namun, saya bahagikan masa antara itu semua dengan balik agak lewat bagi memastikan ianya dapat dilengkapkan.Terima kasih kepada semua guru yang menyahut cabaran tugas masa kini.Begitu juga kepada cikgu Supian yang banyak membantu menyiapkan folio ini.

Namun ,ucapan terima kasih juga saya ingin rakamkan kepada hubby yang banyak memberikan sokongan dan juga memahami tugas isterinya yang sejak akhir-akhir ini.Balik lambat dan apabila melihatkan diri saya kepenatan , perkataan yang dinanti-nantikan...tak perlu masak hari ini.Namun, saya tidak mengambil kesempatan sebaliknya saya lebih banyak memasak untuk hubby dan anak walaupun agak lewat mereka menantikan masakan saya.
Hampir sebulan saya banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga jam 6.00 petang.Kadang-kadang tiada kesempatan untuk bersembang dengan emak dan ayah.
Kalau baru-baru ini, kami didatangi nazir untuk membuat penilaian bagi pencalonan new deal dan kali ini kami sibuk pula menyiapkan folio.Tahun ini tahun sibuk warga SKCC tapi apa yang saya nampak guru-guru memberikan komitmen yang baik dan masing-masing tahu menjalankan tugas masing-masing tanpa perlu banyak arahan.

PENA KASIH:
Kerja yang tiada habisnya.......Alhamdulilah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails