Monday, February 20, 2012

BARU HENDAK BERNAFAS...ADA LAGI

Syukur kehadiran nazir pada minggu lepas memberikan nafas lega setelah bertungkus-lumus memastikan apa yang dikehendaki disediakan walaupun mungkin ada kekurangannya.Biasalah selagi tidak hadir, selagi itulah dirasakan belum lengkap lagi sehinggalah mereka muncul di pintu sekolah melakukan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Setelah usai semuanya, kami menerima satu lagi pencalonan untuk sekolah kluster.Sesuatu yang tidak dijangkakan dan tidak diimpikan apabila melihat banyak kekurangan yang ada di sekolah kami.Namun, apabila telah ditawarkan untuk pencalonan, kami akan lakukan seberapa baik yang mungkin.

Baru hendak bernafas lega, telah ada tugasan baru untuk saya.Hari ini, memang hari yang begitu sibuk buat saya untuk menguruskan borang pencalonan dan buku-buku yang bertimbun di meja untuk ditandatangani (pemantauan buku tulis).Hari Jumaat tidak hadir kerana mengambil cuti sakit akibat terkena gigitan serangga di mata.Niat di hati memang hendak ke sekolah tapi apabila bangun pagi dan melihat wajah di cermin.....terpaksa pendamkan hasrat tersebut dan berehat di rumah.

Masuk saja bilik..........buku sudah bertimbun-timbun dan terpaksa uruskan itu semua sebelum mengadap borang pencalonan dan memanggil guru secara 'last-minute' untuk menyiapkan apa yang patut.Then,setelah ada perbincangan dan pengagihan tugas terasa lega sedikit dan malam ini juga mencari borang yang dikatakan telah diupload tapi tidak jumpa.Akhirnya saya melayari alam maya sehinggalah bertemu borang tersebut.Syukur, Allah permudahkan urusan saya walaupun sebenarnya di peringkat awal rasa kecewa.Sambil menekan keyboard mulut tidak berhenti-henti berselawat........menghilangkan rasa kecewa dan akhirnya bertemu jua.

Esok pula ramai guru tidak ada kerana mempunyai urusan masing-masing dan saya sendiri terlibat dengan taklimat.....nampak gayanya guru-guru yang tinggal terpaksalah statik di dalam kelas masing-masing.Semuanya telah saya lengkapkan untuk memudahkan guru-guru menjalankan tugas masing-masing.Thanks to hubby kerana faham dengan tugas saya dan menjemput saya agak lewat bagi memberi ruang untuk saya membereskan kerja-kerja saya.

PENA KASIH

Kerjasama itu penting untuk mencorak kecemerlangan sekolah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails