Wednesday, July 7, 2010

BENARKAH ADA HATI YANG TERSENTUH?

Apabila berbicara soal hati, ia melibatkan perasaan kita.Ada kalanya kita gembira, suka, marah dan geram.Lumrah kehidupan,tidak semuanya itu indah dan tidak semuanya perjalanan hidup ini dilalui dengan gembira.Ada kalanya ada hati yang tersentuh tanpa tersengaja.

Apabila berbicara, tanpa disedari mungkin ada yang terguris perasaan.Tidak sengaja atau disengajakan untuk menyakiti dan seolah-olah menggambarkan kita 'perfect'.Justeru, kita perlu sedar dan ingat, tidak semua orang boleh menerima apa yang kita rasakan betul.Banyak yang perlu kita renungkan dan fikir-fikirkan apabila berbicara.Mudah bagi mereka melantangkan suara seolah-olah setiap bicara yang dilontarkan itu sememangnya betul.

Kita perlu takut.Takut kepada Allah dan tidak takut kepada manusia.Sepatah perkataan yang mengguriskan sudah cukup kita rasa bersalah.Tidak salah untuk menyuarakan pandangan tetapi setiap pandangan itu biarlah beralas,bermaklumat dan tidak hanya sekadar menyakitkan hati orang lain.

Pena Kasih:Lebih baik mendiamkan diri daripada terus berbicara yang tidak ada kata putusnya.

1 comment:

Sutiman Kemin said...

Maaf mengganggu. Sila lawat laman-rindu.blogspot.com yang mungkin merupakan kenalan lama puan sewaktu di SMK Convent Segamat.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails