Saturday, July 3, 2010

SEMPAT LAGI................



Pagi lagi telah bersiap-siap untuk ke VIP Hotel.Kumpulan Marhaban tempat saya telah diberi peluang untuk mengetuai bacaan selawat bagi mesyuarat perwakilan UMNO Wanita pada hari ini.Sesibuk mana pun,saya tetap meluangkan sedikit masa untuk ke sana.Bersama masyarakat.
Nasib hubby jenis yang tidak kisah selagi kita pandai menjaga diri dan pandai mengagihkan masa dengan keluarga sudah cukup baginya untuk melepaskan saya pergi dan turut sama dengan mereka.Thanks hubby.

Sesampai di sana, saya menerima SMS dari kak Yati memaklumkan En Mohd was passed away pagi ini.Namun, saya bersyukur kerana sempat menziarahi dia sewaktu di hospital.Semasa itu, dia memang tidak berhenti bercakap and very happy atas kunjungan kami sekeluarga.AL-Fatihah untuk allahyarhma.Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Selepas berselawat , saya sempat juga meluangkan masa menziarahinya setelah mendapat keizinan daripada husband.Lama juga saya di sana sehingga selesai solat jenazah.

Balik seperti biasa, tugas sebagai seorang isteri menyediakan makan minum suami dan anak tetap dijalankan.Kepada suami dan my son, terima kasih kerana membersihkan rumah dan mengemas apa yang patut.

Malam ini, kami sekeluarga akan ke Spang Loi, menghadiri majlis kenduri di rumah Mak Itam.Pagi lagi, emak sudah menelefon meminta kami ke sana menghantar sedikit makanan untuk kenduri tersebut.Beliau tidak dapat bersama kerana menghadiri kenduri di rumah jiran.

Pena Kasih:Setiap minggu, penuh dengan pelbagai pengisian.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails