Wednesday, July 28, 2010

PENGHARGAAN

Program untuk murid-murid LINUS dan Permulihan tetap diadakan malah ia merupakan salah satu program panitia.Setelah hampir 7 bulan berada di sekolah, sudah tentu kita ingin melihat satu perubahan daripada murid-murid yang agak lemah dalam pelajarannya.Daripada tidak mengenal huruf sehinggalah sudah boleh membaca walaupun tidak lancar sudah cukup menggembirakan hati cikgu apatah lagi murid itu sendiri.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan mereka yang masih gagal menguasai 3M dapat melakukan sesuatu walaupun sebenarnya kita mengharapkan yang terbaik.Namun, tidak semua dapat dilakukan .Ada yang masih tidak dapat membaca dengan lancar.

Peranan guru pemulihan disamping guru kelas itu sendiri amat penting.Masing-masing berusaha untuk memastikan semua murid dapat menguasai 3M.Program LINUS yang diperkenalkan oleh kementerian khusus untuk murid-murid Tahun 1 sudah tentu tidak boleh dipandang remeh.Menjelang 2012, semua murid dapat menguasai membaca, menulis dan mengira.

Hari ini, jam 12.20, semua murid LINUS dan Pemulihan telah diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam membaca.Program yang dijalankan telah diadakan di perpustakaan.Menguji kebolehan mereka dan sekurang-kurang memberi peluang kepada mereka untuk tampil kehadapan tanpa sebarang perasaan takut.

Syabas kepada Pn Zaharah yang merupakan guru pemulihan kerana telah berusaha memastikan anak-anak didiknya dapat membaca dengan baik walaupun masih lambat.
Namun, sebenarnya peranan kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan anak mereka dapat belajar dengan baik dan menguasai 3M.Bila anak tidak tahu membaca ,janganlah hanya tahu menunding jari ke arah guru sahaja tapi berilah komitmen kepada pihak sekolah dan sama-sama membantu anak mereka sendiri.

Pena Kasih:Berusaha dan tetap berusaha bag memastikan mereka mampu menguasai 3M

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails