Membuat pilihan yang kedua-duanya diminati amat sukar.Hakikatnya itulah yang sering terjadi dalam masa yang sama.Apabila memilih yang ini akan terlepas yang itu.Namun,kita perlu memilih sesuatu yang dirasakan penting dan memberi impak yang baik kepada kita walaupun pada hakikatnya kita begitu menyayangi dan mencintainya.
Begitulah Along yang terpaksa membuat pilihan antara Uitm atau IPG.Hampir dua minggu berada di kampus UiTM sudah cukup untuk dirinya mengenali warga UiTM.Mengenali rakan-rakan bilik dan juga rakan-rakan kelasnya.Sudah tentu dia akan terasa kehilangan rakan sebiliknya.Begitulah dunia seorang pelajar.Gunalah peluang yang ada untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Namun, mungkin baginya belum dapat mengenali pensyarah dengan lebih dekat lagi.Walaupun sudah dua minggu berada di situ.
Semalam petang,sayag menerima SMS mengucapkah tahniah kepada anak saya kerana berjaya ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan lalu saya membuka laman web KPM .Syukur,akhirnya impian Along untuk menjadi seorang guru tercapai walaupun dia terpaksa melalui masa yang panjang iaitu selama 5 tahun setengah.Namun, saya menasihatkannya jangan ambil mudah dengan kursus perguruan kerana ia memerlukan rasa minat yang mendalam dan seolah-olah kita berada di dunia pendidikan sebenarnya.Banyak lagi yang perlu Along lalui untuk mencapai sehingga ke tahap ijazah.Gunakan peluang yang ada untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Minatnya memang mendalam dalam bidang perguruan.Semasa berada di sekolah rendah, dia telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Ada kalanya dia berangan-angan seolah-olah dia berada di dunia perguruan.Dengan memakai kasut tumit tinggi saya dan bersama sebatang rotan di tangan sudah cukup menggambarkan sememangnya dia minat ke arah itu.
Setiap kali balik sekolah, dia mesti melihat beg sekolah saya sekiranya saya membawa kerja-kerja sekolah.Malah ada kalanya dia menanda kertas lembaran kerja.Melihatkan minatnya yang mendalam, saya selalu meningatkan agar lebih rajin dan bersunggh-sungguh dalam bidang perguruan.
Pena Kasih:Mama doakan agar Along tabah dan bersemangat menceburi bidang perguruan.
No comments:
Post a Comment