Friday, July 2, 2010

MENGAMBIL KESEMPATAN

Hari terbuka yang diadakan memberi ruang kepada saya untuk bertemu dengan beberapa orang ibu bapa.Bertemu dan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.

"Cikgu,anak saya suka dengan cikgu.Dia suka cara cikgu ajar.Tegas dan suara yang jelas".Itulah luahan seorang ibu berbangsa Cina .
"Ya...ke." Sayakan garang.
'Tapi , dia selalu cerita tentang cikgu".Saya terdiam sambil memandang wajah anaknya.
Lalu saya memberitahu ibu tersebut, anaknya yang sering tertinggal buku dan juga agak lambat menyiapkan kerja.
Saya selalu mengingatkan dan memanggil nama anaknya yang kadang-kadang khayal ketika berada di kelas.
'Terima kasih , cikgu kerana sering mengambil berat tentang anak saya."
"Saya buat begitu kerana hendak melihat anak u berjaya dalam pelajaran kerana dia bukanlah seorang murid yang tidak pandai.tetapi sikapnya.
"Saya berjanji akan sentiasa melihat kerja-kerja anak saya."

Ada beberapa orang ibu bapa yang dapat saya temui dan saya mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan mereka.Peluang sebegini saya gunakan untuk sama-sama berbincang dengan mereka untuk meningkatkan pelajaran anak-anak.
Saya tidak bertujuan untuk mencari kesalahan sebaliknya untuk membantu anak-anak didik saya.
Pencapaian setiap mata pelajaran yang saya ajar ialah 100% adalah sesuatu yang membanggakan terutama subjek sains.Walaupun mereka boleh menggunakan dwi bahasa tetapi ternyata anak-anak didik saya menjawab dalam bahasa Inggeris.Inilah yang membanggakan saya.
Walaupun saya sering meleteri kerana tidak menyiapkan kerja tetapi pencapaian kelulusan setiap mata pelajaran sudah cukup membanggakan seseorang yang bergelar guru.

Pena Kasih:Suka melihat anak murid berjaya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails