Wednesday, June 30, 2010

SEMAKIN BANYAK SEMAKIN MENGELIRUKAN


Kursus Profesionalisme Guru-Guru Penolong Kanan 1 diadakan pada hari ini di SMKA Segamat.Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang diisi dengan 4 slot yang begitu bermanfaat kepada kami yang memegang jawatan sebagai pentabdir sekolah.Perjalanan kursus sangat menarik dan sedikit sebanyak input yang diperolehi diguna pakai dalam menjalankan tugas hakiki kami.

Actually, kursus yang sepatutnya dihadiri semua GPK 1 yang lebih banyak mengetahui perjalanan sekolah turut sama dihadiri oleh pengganti GPK kerana seramai 20 orang GPK 1 telah menghadiri satu kursus lain dalam masa yang sama di Batu Pahat.

Walaubagaimanapun, kami sememangnya memang memerlukan ilmu-ilmu baru untuk dipraktikkan as a GPK .Slot pertama yang diambil alih oleh En Hamzah Ahmad yang lebih menjurus kepada Sistem Fail sekurang-kurangnya memberikan pendedahan kepada kami yang mungkin berada dalam keadaan bercelaru dalam mengendalikan sistem fail.Walaupun nampak senang tetapi tidak semudah itu.Banyak kekurangan yang perlu diambil berat dan diubah secara perlahan-lahan bagi memastikan sistem fail yang kemas dan tersusun.

Slot yang kedua pula ialah ialah berkaitan dengan Audit Akademik UPPM 2 perbandingan dengan UPPM 1.Hasrat Tn Hj Sazali hendak memastikan Daerah Segamat mendapat tempat pertama for next year berdasarkan analisis yang dijalankan menunjukkan daerah Segamat mampu menempatkan diri setanding dengan daerah lain dengan adanya komitmen dan kerjasama antara semua pihak.

Slot yang ketiga pula dikendalikan oleh Encik Mahir lebih kepada Rekod Rancangan Harian Pengajaran dan Pembelajaran.Semua maklumat perlu didokumentasikan sebagai bukti apa yang telah kita buat selama ini.Banyak ilmu yang diperolehi dalam slot ini.

Akhir sekali,selama setengah jam, kami didedahkan dengan penggunaan laptop berkamera bagi memudahkan menganalisis item dengan cara yang mudah.Walaupun selama setengah jam, tapi sedikit sebanyak ilmu itu diperolehi juga.Bukan senang rupanya tugas-tugas yang hendak permudahkan.Banyak perkara yang perlu dipelajari dan kita sentiasa menggali untuk mendapatkan ilmu.

Pena Kasih;Sentiasa berusaha meningkatkan tugas.....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails