Friday, June 18, 2010

KERJA-KERJA TERAKHIR..



Hampir dua bulan garaj siap.Janji pada awalnya hanya sebulan sahaja tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kerana sikap kontraktor yang mempermain-mainkan kami, menyebabkan garaj yang tidak berapa luas itu siap pada 17 JUN 2010.

Hampir kesemua duit telah diberikan tetapi setiap kali barang-barang habis, pelbagai alasan diberikan.Inilah kali pertama saya menggunakan khidmat bangsa Melayu orang Indonesia untuk membuat pengubahsuaian rumah.Kalau selama ini, hampir keseluruhannya saya menggunakan perkhidmatan bangsa Cina dan kami tidak menghadapi sebarang masalah.

Pernah kami dicemuh kerana mengambil bangsa asing dan dikatakan kedekut kerana mengambil orang Cina dan tidak percayakan orang Melayu untuk membuat rumah.Ada sebab kami berbuat demikian.Inilah hasilannya.Pelbagai alasan diberikan tapi saya bukanlah orang yang mengambil mudah dan kami telah berjumpa dan berbicara dari hati ke hati kerana ketidakpuasan 'bossnya'.Akhirnya boss mengaku kesilapannya dan seolah-olah dia gelap mata melihat wang di dalam genggamannya.Tidak tahu kemana perginya wang tersebut.

Akhirnya hampir dua bulan garaj tersebut siap dan kami memberikan pujian kepada anak buah 'boss' yang begitu komited kepada kerja dan hanya mengikut arahan.Walaupun gaji yang dijanjikan oleh 'boss'nya sehingga kini belum dapat, tetapi saya kagum dengan kerja-kerja yang dibuatnya.

Pena Kasih:Bila nak jadi 'boss' kita perlu prihatin akan kebajikan anak buah.Jangan pandang orang bawah begitu rendah sebaliknya mereka penting kepada kita sebagai orang atas.Tiada mereka tiada kita.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails