Saturday, February 8, 2014

PERGI YANG TIDAK AKAN KEMBALI....AL-FATIHAH

Pena Kasih terus berbicara. Selepas solat subuh,seperti biasa aku akan menggaji.Tiba-tiba hati aku teringat-ingatkan seseorang yang hampir denganku.Pak Yem..nama yang begitu sinonim buat diriku.Gelak ketawa,lawak jenakanya membuatkan kami adakalanya terbayang-bayang wajahnya.Sudah lama tidak melihat wajahnya sejak berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan rapi di sana. Seperti biasa, aku seperti terdengar-dengar namaku dipanggil lebih kurang jam 6.30 pagi.Terdengar seperti suaaranya.Aku biarkan begitu sahaja sehinggalah jam 7.00 lebih aku menerima panggilan telefon mengatakan beliau telah kembali ke rahmatullah.Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un....buat dirinya. Aku terus memberitahu che Abe aku dan emak serta saudara-maraku yang lain.Jam 10.00 pagi aku meninggalkan rumah dan terus ke Kg Gelang Chinchin.Lama juga kami menunggu di situ sehinggalah jam 2.30 petang barulah jenazahnya sampai di Masjid Kg Gelang Chinchin.
Semua ahli keluarga sebelah aruah Mak Ngah menunggu jenazahnya.
Kami berjalan kaki ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Aku mendoakan agar aruah tenang di sana.Al-Fatihah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails