Monday, February 24, 2014

CORETAN CERITA 20-22.2.2014

Bila Pena Kasih lama menyepi....namun masih ingin meneruskan bicara. Bermula pada 20.2.2014,lebih kurang jam 5.00 petang, aku bergerak ke masjid di kampungku untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bagi menyambut sambutan Maulidur Rasul.Agak terlewat mengadakan majlis tersebut tapi bersyukur kerana dapat melaksanakannya dengan baik.Membersihkan persekitaran masjid,membakar sampah dan mencuci parit memang kerja yang aku suka lakukan.Bila sebut aja ada majlis di masjid,Insyaallah aku akan meluangkan masa untuk membantu membersihkan masjid apatah lagi apabila berjumpa dengan air. Alhamdulillah semuanya beres. Pada 21.2.2014,setelah usai memasak untuk suami dan anak-anakku yang akan bersolat Jumaat,aku dikejutkan dengan berita ada kematian di kampungku.Betul-betul azan berbunyi.Sebaik aku menerima telefon, aku terus menelefon emak memaklumkan akan berita tersebut.Semuanya tidak tahu.Aku faham ketika itu kaum Adam semuanya ke masjid.Aku menunggu suamiku pulang dan memaklumkan akan cerita tersebut.Dia juga terkejut kerana suamiku memang selalu menegur aruah ketika berada di Billion.Namun Allah lebih menyayanginya.Al-Fatihah. Dalam masa yang sama, aku dikejutkan dengan berita kematian 8 pelajar sekolah di daerahku di Sungai Muar,Buloh Kasap.Tersentak aku sekali lagi dan sudah tentu terasa sebak.Aku berhasrat untuk ke sana tapi dalam masa yang sama aku perlu ke masjidku untuk bergotong-royong bersama-sama penduduk kampung bagi majlis sambutan Maulidur Rasul.Alhamdulillah, sambutan yang di luar dugaan.Semakin ramai yang hadir ke majlis tersebut.Penduduk yang berhampiran dari kampungku juga turut ada dalam majlis tersebut. Pada 22.2.2014, selepas sahaja aku membeli-belah di pasar tani, aku bersama suami ke Buloh Kasap untuk melihat sendiri kejadian tersebut.Memang ramai yang pergi ke sana.Kaum CIna dan India juga turut ada di situ.Begitu sedih sekali apabila aku terpandang kasut mereka di pondok berhampiran sungai tersebut.Tidak sedar bergenang air mataku melihat situasi tersebut.Naluri keibuan tetap ada.Ketabahan hatiku akhirnya terlerai juga.Aku dengar sahaja mereka yang bercerita di situ sehinggalah ada seorang 'apek' meminta aku memberitahu pihak bomba di mana tempat yang mula-mula sekali mereka nampak pelajar tersebut terkapai-kapai.Aku sendiri meminta 'apek' tersebut memberitahu sendiri kepada bomba.Suamiku sudah jauh meninggalkan aku kerana dia bergerak di tepi tebing berhampiran kejadian.Sekejap dia menelefon aku agar aku pergi di tempatnya tapi aku tidak sanggup melihat wajah keluarga mangsa.Terus terang aku katakan, aku tidak segagah mereka.Hatiku mudah tersentuh melihat kejadian seperti ini terutama melibatkan anak-anak. Pena Kasih: Al-Fatihah untuk adik-adik yang pergi meninggalkan kita di usia yang muda.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails