Friday, May 3, 2013

TAHNIAH!

Hasrat untuk menyambung pelajaran ke sekolah lain akhirnya tercapai.Permohonan kali pertama ke sekolah berasrama penuh memberikan jawapan yang mengecewakan.Dia begitu kecewa dan akhirnya meminta papa longnya menguruskan permohonan lain.Papa longnya tahu impian dan hasrat anak saudaranya lantas berusaha memenuhi impian si kecil ini. Walaupun lambat masuk tetapi setiap hari diminta agar berdoa kepada Allah dan tanamkan niat untuk terus memajukan diri.Papa longnya menelefon pelbagai tempat untuk memastikan anak saudaranya memperoleh tempat untuk belajar.Walaupun di mana juga belajar adalah sama tetapi yang penting diri sendiri. Akhirnya,surat di alamatkan di rumah kami dan kami terus membukannya.Tahniah....untukmu Dila.Rezekimu ada.SM Muar menjadi tempat impiannya.Semoga terus belajar dan belajar dengan penuh semangat.Cuba belajar berdikari. Papa longnya mengambil cuti untuk menghantarnya.Saya sendiri tidak dapat bersamanya kerana bekerja.Apa-apapun mama long mendoakan agar Dila tabah menghadapi situasi di tempat baru. Namun,yang pastinya saya kagum dengan suami yang tidak pernah untuk menghampakan anak saudara mahupun anak sendiri.Berusaha untuk memastikan anaknya mahupun anak saudara belajar .Ilmu tidak merugikan sesiapa.Kepada anak saya selalu berpesan..buat baik dengan sesiapa sahaja,InsyaAllah, Allah akan menolong kalian.Yang penting, hormat orang yang lebih tua daripada kita. PENA KASIH: Ceria di wajahnya....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails