Friday, May 24, 2013

ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

Cuti pertengahan pertama persekolahan telah bermula seusai sahaja murid-murid menduduki peperikssaan. Tergambar keriangan di wajah mereka.Penat lelah selama 5 bulan persekolahan dicurahkan di atas kertas untuk memastikan pencapaian mereka setengah tahun pertama.Namun, yang pastinya ada yang menjawab dengan bersungguh-sungguh malah ada juga yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.Begitulah dunia kanak-kanak. Namun, apa yang ingin ku coretkan di sini ialah kisah perjalanan seorang guru yang telah memberikan khidmat bakti dalam dunia pendidikan.32 tahun mengharungi dunia pendidikan di beberapa buah negeri sudah tentu banyak peristiwa dan pengalaman yang manis dan pahit dialami.Namun, darah pendidikan masih segar dalam diri. Titisan air mata sudah jelas menggambarkan agak sukar untuk meninggalkan dunia pendidikan yang sudah sebati dalam diri.Membimbing,mendidik dan mengajar dengan penuh semangat. Akhirnya,pada hari ini berakhirlah tugasnya sebagai guru pemulihan di sekolah ini.APa yang aku kagumkan ialah semenjak beliau mengambil alih kelas pemulihan, sekolah ini tidak lagi mempunyai murid-murid yang buta huruf.Mampu menggalas tugas dengan dedikasi, sikap penyayang yang ada dalam diri,senitasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran menyebabkan sekolah ini mampu memperolehi 100% celik huruf.Adakah akan ada pengganti seperti ini?Aku harapkan dan mendoakan agar SKCC akan terus cemerlang dengan adanya gandingan guru-guru lama dan baru.Adat di dunia ini, silih berganti. Kini tiada lagi guru-guru lama yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Yang tinggal hanya kami yang akan bergelar status guru veteran.Semoga semua guru SKCC akan terus berganding bahu bersama-sama untuk memastikan anak didik terus cemerlang .

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails