Thursday, May 9, 2013
SELESAI SUDAH...
Tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memerintah negara kita telah pun selesai.Alhamdulillah..berjalan lancar walaupun pelbagai desas-desus berbunyi.Tapi itu sudah menjadi kebiasaan.Kita tidak sempurna keseluruhannya.Yang penting menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Aku juga telah bertugas semasa PRU kali ini.Sekadar menjadi kerani sahaja.Kalau dahulu aku menjadi ketua tempat mengundi tapi kali ini aku menolak jawatan itu.
Semuanya berjalan dengan lancar .Walaupun di awal pagi agak sibuk sekali.Saluran pertama sudah tentu untuk golongan tua.Aku rasa aku telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.Tiada sebarang kekecuhan pun yang berlaku tetapi geli hati memang ada melihat golongan tua mengundi.Lima tahu berlalu sudah tentu mereka ini tidak ingat apa yang perlu dibuat.Bertanya itu dan ini .Sebagai petugas SPR kita membantu apa yang patut.Orang tua katakan...........soal siapa yang dipilih itu kita tidak perlu ambil tahu.Biar mereka sendiri membuat keputusannya.
Apa yang aku lihat ialah semangat orang tua.Walaupun nampak uzur tapi semangat untuk pergi mengundi tetap ada dalam diri mereka.Jalan pun tidak larat tapi masih ingin menyumbangkan undi untuk pilihan hati mereka.Walaupun diserang 'stroke' tapi masih mahu mengundi.Itulah semangat orang tua...namun masih terdapat juga yang tidak keluar mengundi.
Sepanjang aku bertugas,ketelusan tetap ada.Desas desus mengatakan itu dan ini sebenarnya tidak benar.Aku sendiri yang memanggil nama berdasarkan senarai nama dan didengari oleh dua orang pemerhati.Memang telus.Biarkan pun apa yang dikatakan tetapi sebenarnya semuanya telus.
PENA KASIH:
Seronok tengok berduyun-duyun orang keluar mengundi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment