Tuesday, April 16, 2013

16.4.....

Selamat Ulang Tahun kelahiran buat suamiku.....Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan sehariannya.Tiada yang paling menceriakan hati apabila melihat insan yang disayangi sentiasa ceria dan terima kasih kerana menjaga kami selama ini dengan baik. Pagi lagi aku sudah 'wish' suamiku dengan ucapan assalamualaikum dan Happy Birthday.Tidak banyak perkataan yang diluncurkan sebaliknya dia tersenyum.Itulah suamiku..kurang bercakap dan tidak suka memikirkan yang remeh-temeh dan yang penting dia menjaga kami dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah, petang ini kami akan ke rumah Apiz untuk sama-sama menyambut kelahirannya yang sama dengan kelahiran suamiku.Sedang memikirkan sesuatu untuk Hapiz.Bertuah Hapiz dan kami doakan suatu hari nanti Apiz menjadi insan yang baik dan berjaya dalam kehidupannya... Suasana di rumah Apizzzzzzzzzzzzzzz.... PENA KASIH: Anak-anak seawal lagi sudah 'wish' ayahnya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails