Semalam, aku dan hubby bersama familynya ke Johor Bahru.Tidak ketinggalan Apiz dan Adif juga mengikuti kami.
Seawal jam 6.30 pagi mereka sudah bangun kerana tidak sabar untuk ke Johor berjumpa dengan Darwish.Sepanjang perjalanan dari Segamat ke Johor, kedua-duanya tidak tidur dan ada sahaja yang ingin ditanyanya.Aku pula sudah jauh dengan mimpi-mimpiku.
Sesekali Adif mengejutkan aku kerana katanya sudah sampai.Bila aku terjaga,aku dapati perjalanan masih jauh lagi dan aku menyambung tidurku semula.Yang lain juga sudah terlena dibuat mimpi agaknya.Tapi kedua-dua adik-beradik itu melayan Pak Udanya yang sedang memandu.Tiba-tiba terluncur perkataan daripada Apiz yang meminta Pak Udanya memandu dengan perlahan-lahan.Dia takut.....Suamiku tidaklah memandu dengan laju.
Apabila sampai di Tol Skudai,Adif mengejutkan aku dan meminta aku berjaga.Aku terus terjaga dan mendengar mereka mengatakan aku tidur sahaja...aku tersenyum sahaja melihat gelagat kedua-duanya.
Sementara menunggu suamiku dengan urusannya aku tinggal di rumah Kak Long.Hasrat aku hanya satu iaitu ingin ke Angsana untuk mencari buku latihan untuk anak-anak muridku.Setelah selesai membeli buku, aku meminta suamiku balik awal ke Segamat kerana esok adalah hari bekerja.
Selepas Maghrib,kami bertolak balik ke Segamat.
Adif pula sudah lama tidur sebaliknya Apiz tidak menunjukkan ingin tidur sebaliknya tidak habis-habis mengingatkan Pak Udanya supaya memandu kereta dengan perlahan-lahan.
"Uda Wa nilah...abang takut.Abang tengok Uda Wa pandu kereta dengan laju.Tidak perlahan pun," katanya.Pak Udanya terus menoleh ke arah aku.Aku meminta dia menutup mata dan tidur.Tetapi dia tidak berbuat demikian sebaliknya sentiasa mengingatkan Pak Udanya supaya berhati-hati dan memandu dengan perlahan.
Apabila dia terlihat sebuah bas menghampiri kereta kami terus dia berkata,"Ala....abang takutlah,Uda Wa jangan dekat-dekat dengan bas tu,abang takut...aku tidak faham kenapa dia sentiasa berkata begitu.Mungkin pengalaman dia menonton televisyen menyebabkan dia trauma agaknya.Lalu Pak Udanya berbunyi, abang ni, hatinya kecil...nampak mulut becok tapi mempunyai hati yang kecil.Dia terus diam...mungkin sudah dibuai mimpi agaknya.
Apabila sampai, aku mengejutkannya tapi aku tidak banyak bicara kerana keletihan.
PENA KASIH:
Sesekali menegur juga che Abe memandu dengan laju..
No comments:
Post a Comment