Emak menyatakan untuk membuat sedikit majlis Yassin dan juga Tahlil di rumah di samping menerima tetamu daripada UMNO Bahagian.Setelah sepakat menyatakan persetujuan dengan tarikh yang dinyatakan, aku dan suamiku sememangnya suka mengemas telah membantu mengemas rumah emak dan ayahku.Lenguh-lenguh juga badan apabila aktiviti mengemas rumah berjalan bermula di luar rumah sehinggalah di dalam rumah.Satu kepuasan buat diriku kerana dapat membantu kedua orang tuaku dan mengembirakan hati mereka.
Buat anak-anakku dan juga anak saudara,mereka juga tidak berpeluang untuk merehatkan diri sebaliknya aku telah memberikan mereka tugasan.....Walaupun mereka mengeluh kepenatan tapi mereka gembira kerana hasilnya kedua-dua bilik rumah lama emak aku sudah berubah wajah.In Shaa Allah, kami telah mengambil keputusan untuk mengecat bilik tersebut.Aku juga bertuah mempunyai suami yang sentiasa mementingkan kekemasan dan kebersihan..puji sedikit dekat suamiku.
Buat bapa dan emak saudaraku yang sentiasa memberikan pertolongan kepada keluargaku.Mereka turut bersengkang mata membantu menyediakan juadah untuk tetamu .So happy.....aku berteima kasih kepada mereka.Bila ada majlis,kami tidak perlu bersusah payah kerana masing-masing akan hadir ke rumah,menghulurkan bantuan.Anak perempuanku menyediakan makanan dan minuman untuk datuk dan nenek saudara mereka.Mereka tahu tugasan mereka dan tidak perlu lagi aku mengarah itu dan ini.Sesekali mereka membuat kami sekeluarga ketawa apabila menggunakan ipad menukar wajah ayah mereka.....I'm proud with them.
Anak saudaraku pula pandai mengambil hati papalong..setiap kali kehadiran papalong,ada saja makanan dan minuman yang dibuatnya..mengampu nampaknya.Sejak memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR dan menerima ganjaran daripada papalong, dia lebih suka berkongsi maklumat dengan papalongnya.Pandai mengambil hati papalongnya....
Menu yang dicadangkan di majlis tersebut memang enak......
Yang penting majlis Yassin dan Tahlil berjalan dengan lancar...Alhamdulillah.
PENA KASIH:
Majlis kenduri-kendara inilah yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment