Monday, September 10, 2012

MAJLIS RESTU

Esok semua murid Tahun 6 akan menduduki UPSR bagi tahun 2012.Debaran demi debaran sudah tentu dirasai oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut.Apatah lagi, kita sebagai ibu mahupun guru sudah tentu debarannya melebihi daripada pelajar.
                     
          
Hari ini, sekolah saya telah mengadakan majlis Restu untuk pelajar tahun 6.Mereka dihimpunkan di tapak perhimpunan untuk bersalam-salaman dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Enam tahun menimba ilmu di sekolah sudah tentu banyak ragamnya.Hari ini mereka berhimpun, memohon maaf dan juga memohon didoakan kejayaan mereka.Ada yang menitis air mata..kesedihan.
 Mengaminkan doa yang dibaca oleh Cikgu Supian

Warkah ayahnda daripada Pengarah Pelajaran Johor telah dibaca oleh Cikgu Supian.Semua murid beratur naik ke pentas untuk mendengar isi kandungan warkah tersebut.
Selepas itu,semua murid dan guru beratur untuk bersalaman dengan pelajar-pelajar tahun 6.

Kami pihak pentadbir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru khususnya guru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan anak didik mereka.Mereka bekerja sehingga hari Ahad.Mereka mengorbankan masa bersama keluarga untuk memastikan kejayaan anak didik.Begitu juga kepada cikgu Wan yang telah memastikan kehadiran pelajar ke kelas tambahan.Begitu juga dengan cikgu Ruhana, cikgu Radziah, Pn Teng, cikgu Supian, CIkgu Prema dan cikgu Lim yang tidak jemu-jemu membantu guru teras Tahun 6.Membantu pelajar -pelajar yang  lemah.Terima kasih kalian.

PENA KASIH:

Sentiasa mendoakan kejayaan mereka.



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails