Ingatkan usianya sudah 21 tahun, rupa-rupanya baru 20 tahun....
Sudah dua puluh tahun usia anak perempuanku....Selamat Hari Lahir.Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diterangkan hati menerima ilmu, dipermudahkan sewaktu menghadapi kekusutan.Yang penting dan selalu diingatkan agar tidak sesekali meninggalkan suruhanNya.
Usia menginjak ke angka 20..sudah tentu banyak pengalaman yang dijalani.Sewaktu berusia 13 tahun sudah mula meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama.Walaupun di peringkat awal sememangnya sedih juga membiarkan anak seusia 13 tahun berada di asrama.Berkali-kali dia meminta agar dikeluarkan dari asrama dan hendak tinggal di rumah,Tapi aku biarkan rengetannya itu sehinggalah dia keluar dari asrama ketika berusia 15 tahun.Selama tiga tahun dia berada di asrama sekolah agama banyak ilmu yang dipelajarinya.Membaca Yassin dengan lancar dan tidak perlu menggunakan kitab lagi.Aku kagum dengan caranya itu.Banyak surah-surah yang telah dihafalnya.
Kemudian, melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat dalam jangka masa yang singkat sekali.Naluri hatinya ingin menjadi seorang pendidik.Dia tidak mahu meneruskan pengajiannya di UiTM sebaliknya sentiasa berdoa agar dia dapat menjejakkan kakinya ke IPG,Syukur, rezeki menyebelahinya dan akhirnya dia dapat melanjutkan pelajarannya ke IPG.Aku selalu berpesan agar sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.Alhamduillah, semester pertama ijazahnya mendapat pointer yang agak baik.Dia berjanjji akan terus mengekalkan keputusannya.Namun, sebagai ibu dan bapa, kami memang tidak membiarkan dia begitu sahaja.Bahan-bahan sentiasa ayahnya bantu begitu juga dengan diriku.Yang penting dia ingin terus belajar dan mencapai azamnya.Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada hubbyku yang begitu banyak membantuku sewaktu aku meneruskan pengajian di peringkat ijazah.Kini, aku dan dia juga membanu anak kami untuk mendapatkan bahan.
Kini dan harapanku agar dia terus dengan azamnya itu dan pastinya harapan aku agar dia sentiasa menjaga tingkah lakunya sepanjang dia berada jauh di mata kami tapi sentiasa dekat di hati.
PENA KASIH:
Sentiasa mendoakan untuk anak-anak
No comments:
Post a Comment