Hatiku tersentuh.Bergenang air mata di saat melihat wajahnya.Dulu ceria tapi kini berubah....kerutan di dahi jelas membayangkan penderitaan yang ditanggungnya.Berkali-kali dia memperkatakan .."engkau tidak tahu penderitaan yang aku tanggung".Aku tahu tapi aku biarkan dia mencurahkan segala-galanya.Mencurahkan apa yang tersirat di hatinya.Hanya yang mampuku katakan ...kuatkan semangat dan berdoalah setiap malam.Sepertiga malam itu amat baik untuk kita memohon diberikan kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan,diringankan penderitaan..Mengadulah kepadaNya...
Kehilangan orang yang disayangi sudah tentu meragut kebahagiaan dan keceriaannya.Kini, tiada apa yang hendak diperkatakan.Namun, yang ada hanyalah kenangan manis di saat kebahagiaan diberikan kepada kita.Namun, apabila sekelip mata sahaja ditarik nikmat kebahagiaan, kesannya begitu pedih sekali.Tiada kata-kata manis daripada insan yang disayangi.Tiada lagi gurau ketawa..yang ada hanyalah kenangan yang sememangnya sukar untuk dilupakan.
Renungan mata memandangku sudah jelas menunjukkan betapa peritnya penderitaan yang ditanggung.Tiada tempat untuknya mengadu.Namun, aku bersyukur kerana akhirnya kepadaNya tempat dia mengadu.Tempat dia meluahkan segala-galanya.Tempat dia memohon diringankan penderitaan yang ditanggungnya.Setiap malam, dia mengadu kepadaku...bangun melakukan solat.Memohon diringankan penanggungannya kerana tidak tertahan.
Padaku tempat diluahkan segala-galanya.Ada sesuatu yang ditunjukkan kepadaku.Andai kata dia pergi......pastinya tempat itulah yang akan kutuju.Sekali lagi aku sebak...air mataku terus bergenang.Aku tidak sangka kerana aku diberi kepercayaan.......sambil tangan terketar-ketar menunjukkan sesuatu kepadaku.
Di saat aku meminta izin untuk pulang, dia cuba menahan tapi apakan daya....aku terpaksa pergi kerana urusan penting.Namun ,aku percaya dia akan sembuh seperti sediakala.Kekuatan semangat yang sentiasa diberikan ...membangkit kesedaran kepada dirinya.
Anak-anak janganlah dipersiakan kehidupannya.Sayangilah selagi dia masih ada.Hubungilah dan dengarilah suaranya.Suatu hari kita akan merindui suaranya.Suatu hari kita akan merindui gelak ketawanya....Jangan sesekali kita menyimpan dendam kepada insan-insan yang disayangi...renungilah kebaikannya.
PENA KASIH :
Sesekali datang kerinduan suamiku terhadap ayahnya....Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment