Wednesday, September 5, 2012

HANYA SEMENTARA

Kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman buat seketika.Menikmati keindahan ciptaan Allah, menikmati kehidupan buat seketika.Apabila sampai masanya, pergi jua kita akhirnya.
Hari ini kita bertemu dalam keadaaan yang sihat....esok dikhabarkan sudah pergi menemui Ilahi.Tanpa ada tanda-tanda kesakitan dan keuzuran.

Begitulah sebenarnya perjalanan kehidupan ini.Namun, setiap detik kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Biarpun perjalanan kehidupan setiap kita tidak sama,namun kepadaNyalah tempat yang paling selamat untuk kita  mengadu.Titipan doa setiap hari agar kita tidak leka dengan duniawi.Kita tidak ego dengan apa yang kita miliki.Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Hari ini, perkhabaran berita kematian setelah selang beberapa hari salah seorang penduduk kampungku pergi buat selamanya.Terkejut buat seketika kerana baru beberapa hari hadir  ke rumah ibuku untuk berjumpa dengan ayah.Bertanyakan cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan melalui  saluran yang betul.Belum pun sempat untuk mengisi apa-apa borang, sudah pergi meninggalkan dalam masa yang begitu singkat sekali.Itulah perjanjian yang telah tersurat..Kita tidak tahu ......

Sempat juga aku pergi ke rumah dia sebaik sahaja aku menerima berita tersebut.Walaupun seketika kerana aku baru sahaja kembali dari bandar.Aku  maklumkan kepada hubby yang masih berada di tempat kerja untuk  pergi melawat .Sempat juga aku bertanya dengan anaknya bagi pengurusan mandi kerana mereka merupakan penduduk yang baru berpindah menyewa di sini.Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah.


PENA KASIH :

Masih lagi teringat Mak Ngah....Al-Fatihah untuk mak Ngah kesayanganku.




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails