Anakku sempat bergambar dengan YB ketika berada di kedai BATA Segamat.
Aku menerima panggilan telefon tapi tidak sempat untuk dijawab...Disebabkan waktu itu aku ada kelas, aku abaikan panggilan tersebut sehingga bila tengah hari baru aku buka FB.Tercatat meminta aku mencari 5 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun yang kurang bernasib baik untuk diberikan sumbangan kasut oleh YB Dato Subramaniam di kedai Bata Segamat.
Selepas masak untuk berbuka puasa, aku menunggang motosikal bersama dengan emak mencari kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk menerima sumbangan tersebut yang akan diadakan pada hari Sabtu.
Sememangnya mereka ini begitu bertuah....yang tidak mampu dibantu.Begitu juga dengan anak-anak di SKCC.Kami sebagai guru di situ juga tidak melupakan nasib mereka.Kami hulurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga menjelang hari raya ini.
PENA KASIH:
Berkongsi sama.....suka duka kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment