Monday, August 13, 2012

SYUKUR

Suasana menyambut hari raya sudah mula terasa.Bahang lagu-lagu raya begitu kerap berkumandang di corong-corong radio.Namun, saya jarang mendengarnya.Mungkin kurang minat dan tiada kesempatan untuk saya mendengarnya.Sesekali apabila hubby membuka radio barulah saya mengikuti lagu tersebut.Jika tidak saya biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Namun dalam kesibukan kita hendak menyambut hari raya, ada insan-insan di luar sana yang perlu diberikan perhatian.Bersyukur kerana saya lihat sendiri pelbagai barangan diberikan kepada mereka yang memerlukan.Kampung saya juga tidak ketinggalan menikmati pemberian tersebut terutama kepada mereka yang berhak untuk menerimanya.Apabila mereka inginkan nama-nama yang perlu diberikan bantuan ,saya bersama-sama dengan emak akan bergerak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Sangat mudah kami menunggang motosikal selepas pukul 5.30 petang.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga tidak memandang ringan untuk memberikan bantuan kepada orang ramai.Orang Felda juga mendapat imbuhannya, Felca juga tidak ketinggalan malah rakyat juga tetap diutamakan.Kakitangan kerajaan juga tidak ketinggalan.Apa lagi yang diperlukan ....syukur.Walaupun tidak banyak tapi sudah cukup untuk kita melafazkan Syukur.Apa pun orang hendak kata....kita pedulikan.Sekurang-kurangnya kita merasai sebagaimana orang lain menerima.

Malah di sekolah juga, kakitangannya tidak melupakan golongan anak-anak didik yang memerlukan bantuan dan diberikan perhatian.Itu sememangnya menjadi rutin kami setiap tahun.
PENA KASIH:

Syukur kepadaMu ya Allah........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails