Hari ini aku ke padang Kg Abdullah untuk turut sama meraikan Hari Merdeka.Meriah dan menarik sekali.Anak-anak murid aku juga tidak ketinggalan turut serta dalam perbarisan kali ini,Seramai 9 orang anak murid dari SKCC telah terpilih untuk menyertai perbarisan dan terima kasih kepada PPD kerana telah memberi penghormatan kepada pelajar kami untuk menyertai perbarisan kali ini.Janji ditepati (NKRA) dalam bidang pendidikan.
Sekolah aku yang telah terpilih dalam New Deal pada tahun 2011 dan juga telah dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini.Keputusannya masih dinantikan....mudah-mudahan sekolah kami terpilih.
Kemudian, aku dan hubby mengambil keputusan untuk ke Batu Pahat.Mula-mula sekadar berjalan sahaja lepas itu tidak sangka memborong itu dan ini.Bila mata sudah berkenan.......tapi masih dalam kawalan lagi.
Sebelum sampai ke Batu Pahat, kami singgah sebentar di Bukit Kepong.Peristiwa Bukit Kepong mengimbau kembali nostalgia kami.Tidak jemu rasanya menonton cerita Peristiwa Bukit Kepong yang dilakonkan oleh Jins Shamsuddin.Hubbyku bercerita tentang peristiwa tersebut kepada anak lelakinya.Sekurang-kurangnya dia tahu sejarah Bukit Kepong.
No comments:
Post a Comment