Setelah anak didikku menduduki ujian baru-baru ini dan setelah dibuat analisa, sesuatu tindakan dan program perlu dijalankan untuk membantu anak didikku berjaya dalam pelajarannya.Keputusannya bukan tidak baik tetapi aku perlu memantapkan lagi pembelajarannya agar mereka tidak terus tercicir.
Aku hanya fokuskan kepada aspek penulisan dalam Bahasa Melayu.Aspek pemahaman aku berikan tumpuan di dalam kelas.Setelah berbincang dengan pihak atasan, mereka membenarkan aku membuat kelas untuk anak didikku.Masa setengah jam yang aku ambil setiap hari Selasa hingga Khamis, sekurang-kurangnya dapat membantu anak didik aku memantapkan lagi penulisan mereka.
Mereka begitu seronok......aku benarkan mereka mengeluarkan idea seberapa banyak yang boleh dan selepas itu berbincang ayat yang sesuai untuk membuat karangan.Lebih bersantai pengajran dan pembelajaran aku.Nampaknya mereka begitu berminat.Sebagai pentadbir, ada kalanya aku terpaksa meninggalkan mereka buat seketika kerana menghadiri mesyuarat, taklimat dan sebagainya.Justeru, aku rasakan, aku perlu top-up balik masa yang aku tinggalkan dengan membuat kelas seperti ini.Walaupun setiap kali meninggalkan sekolah kerana menghadiri sesuatu program , kerja tetap aku berikan tapi tidak sama apabila kita berada bersama mereka.
Aku lakukan ini bukan untuk apa...sekadar membantu/membimbing anak didikku untuk berjaya dan aku rasakan itu tanggungjawabku.Aku juga bersyukur kerana kehadiran mereka begitu baik dan aku tidak sangka sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan ibu bapa anak didikku.Terima kasih kerana membenarkan anak mereka balik lewat selama tiga hari.
PENA KASIH:
Suka berada di sekolah......
No comments:
Post a Comment