Mood untuk menulis semakin menurun.Tiada idea..bukan satu masalah kerana banyak perkara yang boleh dikongsikan.Sebagai sesuatu yang santai sahaja .Namun, tuntutan masa dan kerja yang semakin banyak dan perlu diberikan perhatian lebih menyebabkan bidang penulisan yang sememangnya menjadi kegemaran saya dilupakan buat seketika.Namun tidak berhenti......jari-jemari ini masih begitu laju untuk menaip.
Kekangan masa dan tumpuan kepada keluarga apatah lagi di bulan Ramadhan ini,banyak pengisian dibuat untuk menikmati bulan Ramadhan.Bulan yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun.Namun ,kini tirai Ramadhan akan berlabuh dalam beberapa hari lagi.Terasa sedihnya untuk meninggalkan bulan Ramadhan.
Dua minggu puasa, anak dari Perlis balik bersama-sama dengan rakannya.Tidak lama tapi sudah cukup untuk dia merasai nikmat berpuasa bersama keluarga di sini,
Hari-hari seterusnya,banyak berbuka puasa dengan emak dan ayah.Selepas masak, semua masakan dibawa ke rumah emak.Kami bersederhana dalam menjamu juadah.Tiada pembaziran setakat ini.Tidak terlalu mengikut nafsu apabila nampak makanan itu dan ini.
Begitu juga dengan persiapan hari raya.Kami awal-awal lagi telah memaklumkan kepada anak-anak yang kali ini kita lebh bersederhana dalam menyambut lebaran yang akan menjelang tiba.Sedihnya kali ini, baju raya yang ditempah tidak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan.....masalah kesihatan yang tidak mengizinkan oleh tukang jahit menyebabkan saya menerimanya dengan redha.
PENA KASIH:
Bersederhana dalam apa jua ..........
No comments:
Post a Comment