Friday, June 3, 2011

ANGGERIK IMPIAN...KUALA BERANG







Fadil and his family turut ada bersama untuk meraikan majlis perkahwinan adiknya.Balik dari Sarawak.





Sempat berposing depan Anggerik Impian bersama hubby.Tempatnya amat menarik sekali.

Alhamdulillah.akhirnya konvoi kami sebanyak 7 buah kereta sampai ke destinasi seperti apa yang dirancang.Cuma kami berpecah ketika berada di Kuantan.Lima buah kereta mengikut jalan lain dan kami melalui Dungun.Suka-suka sambil menyusuri pantai...melihat keindahan alam.Sudah lama saya tidak melalui arah ke Timur.Kalau dahulu, Kemaman menjadi tumpuan kami semasa saya berkhidmat sebagai guru di Pahang.Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.Sepanjang melalui jalan tersebut,mengintai-intai juga dan mengingat kembali bekas guru Jengka 4.Dah lupa namanya tapi isterinya dipanggil kak Nor.Saya tidak ingat rumahnya kerana sepanjang jalan, banyak yang telah berubah.



Kami sampai ke Terengganu lebih kurang jam 12.30 tengah hari dan singgah di Masjid Bukit Payong untuk mereka menunaikan solat Jumaat.Setelah usai menunaikan solat Jumaat, kami ke Pasar Payang.Sempat lagi hubby memborong baju batik dan saya tidak begitu teruja untuk membeli baju batik.Tapi hubby tetap belikan saya mengikut pilihannya.Emak dengan ayah serta adik saya memborong betul baju batik.Lama juga kami ke sana sehinggalah kami mengambil keputusan untuk ke Anggerik Impian yang merupakan tempat pengingapan kami.



Kami sebenarnya ke sini kerana menghantar rombongan sepupu kami yang melangsungkan majlis perkahwinannya di Kampung Kemat,Kuala Berang.Hajat kami juga ialah untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu.



Alhamdulillah juga tempat penginapan kami amat selesa.Kadar sewa yang tidak mahal antara RM75.00 hingga RM`120.00 semalam amat memuaskan hati apatlah lagi dengan kemudahan yang ada.




Perjalanan yang lama juga amat memenatkan kami.Kami tidak ke mana-mana selepas itu.Merehatkan diri sambil menunggu makanan yang dihantar.Saya tidak makan pun kerana kekenyangan.



Sebelah malamnya, kami mengemaskan barang hantaran untuk perempuan.Hubby begitu cepat tidur kerana keletihan memandu sambil melayan karenah anak-anaknya.



PENA KASIH :Percutian yang amat menarik.............

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails